Wednesday, September 17, 2008

Ayam Perap Kicap

Resipi untuk 2 ekor ayam (cadangan: ayam dipotong 16 bahagian setiap ekor):

  • ayam 2 ekor

Bahan-bahan kisaran:

  • bawang merah 10 biji
  • bawang putih 3 biji
  • lengkuas 5 hiris
  • serai 2 batang dihiris
  • halia 1 - 1.5 inci dihiris
  • ciliboh 1 sudu makan
  • kunyit hidup 1/2 inci @ kunyit serbuk sedikit
  • buah keras 6 biji ditumbuk (3-4 biji bagi setiap ekor ayam)
  • lada hitam 15 biji ditumbuk

dicampur dengan:

  • gula 1 sudu teh
  • cuka satu sudu teh
  • garam secukup rasa
  • kicap secukup rasa & sehitam mana anda mahu ayam kelihatan. lagi banyak kicap, lagi hitam warnanya selepas digoreng

Perap beberapa jam sebelum digoreng.

~ a healthier version: after marinating, sangai the chicken and then grill it. sangai is 'grilling' the chicken without oil in a wok or pan or even on the griller to dry out moisture from the chicken. To keep the chicken moist while grilling, baste with its marinade.

.

Tuesday, September 16, 2008

Sambal Selera Selatan


Lauk kegemaran, pembuka selera.
Bahan-bahan:
Set A
  • tempe dipotong kecil & digoreng garing
  • ikan bilis digoreng garing
  • tauhu dipotong kecil & digoreng garing
  • petai dipotong kecil @ ikut citarasa
  • kacang tanah digoreng dengan @ tanpa minyak

Set B

  • bawang merah ditumbuk/dikisar
  • bawang putih ditumbuk/dikisar sekali dengan bawang merah
  • ciliboh 1 sudu besar @ lebih ikut citarasa
  • cilipadi (optional)
  • gula
  • garam
  • kicap pekat manis

  1. Tumis kisaran bawang merah, bawang putih & ciliboh. Masukkan secubit gula dan garam & tumis sehingga garing.
  2. Masukkan semua bahan-bahan Set A & gaul rata.
  3. Masukkan kicap pekat secukup rasa. Gaul rata.
  4. Sambal siap.

Selamat menjamu selera :o)

.

Nasi Goreng Wangi Semerbak

This is a simple nasi goreng. You would need:


  • cooked overnight rice or cooled rice
  • cilipadi - chopped
  • garlic - chopped
  • shallots - chopped
  • eggs
  • anchovies
  • carrots - diced
  • long beans - cut to your hearts desire
  • cauliflower - cut into tiny florets
  • salt
  • soy sauce (kicap pekat manis Kipas Udang)
  • lemongrass - root end, divide into 2 or 4 parts and sliced thinly
  • oil

The amount of each item depends on how much rice you're going to fry. Add the amount to your hearts desire.


The-how-to:

  1. heat up oil and fry anchovies till crisps, put aside
  2. in the same oil, fry the chopped garlic, cilipadi & shallots
  3. just as they start to brown, add the vegetables (carrots, longbeans and cauliflower). when the veges are half cooked, push them to the side of the wok
  4. add 2-3 eggs and stir to form scrambled eggs. once the eggs firmed up, mix well with the veges
  5. add rice and mix well. then add salt and soy sauce to taste
  6. then add the lemongrass, mix well and finally add the anchovies back to the wok.
  7. mix well and your fried rice is ready!


The aroma of the lemongrass & sweet soy sauce really perks up a sleepy guy for sahur :o)



optional: sometimes i even add kaffir leaves (daun limau purut) which i slice very thinly. you would need just a little bit just to add aroma to the fried rice.


.

Sunday, September 14, 2008

Asam Pedas Daging (2 orang makan) - Tumis

asam pedas baru je masak ... nampak tak wap panas nya? hehehe





Tetiba je teringin nak makan asam pedas daging. Belum pernah makan lagi, biasanya makan asam pedas ikan. So Syana guna resipi yang sama, cuma ganti ikan dengan daging. I hope this works.

Bahan-bahan

200-250gm daging- dihiris

kisar semua sekali:
1/2 mangkuk correlle bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
3 hiris halia
1 buah keras ditumbuk
5 biji lada hitam ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cilipadi kampung (optional)
1/2 batang serai dihiris
1 sudu besar ciliboh (kalau terasa kurang pedas, boleh ditambah lagi)


1 -2 keping asam keping
1 labu bawang besar dimayam
minyak masak sedikit
air secukupnya
garam secukup rasa
secubit gula


Cara

  • panaskan minyak
  • tumis bahan kisaran hingga garing
  • masukkan secubit gula (jangan sampai terasa manis. petuanya untuk memerahkan tumisan)
  • masukkan daging & gaul rata serta goreng hingga air daging kering dan tumisan garing semula
  • masukkan air secukupnya
  • rebus hingga daging empuk
  • masukkan asam keping & biarkan hingga terasa masam yang dikehendaki & keluarkan
  • masukkan bawang besar
  • masukkan garam secukup rasa
siap!










Sebenarnya Syana demam ... nak makan benda masam ....




Verdict masa sahur: Hubby kata sedap! Yeay!

Nasi Bawang (Resipi Tati) #2

for 2pax



5 biji bwg merah, mayam & ditumis dgn 3 tbsp ghee. garing, masuk beras yg tlh dibasuh. goreng sampai sebati, masuk air & garam & tanak dlm rice cooker. dah masak, gaul dgn peas & kismis.







cadangan: tambah kayu manis, bga lwg & cengkih or pelaga?

Friday, September 12, 2008

Rendang Ayam Sempoi






This is my 1st try at making rendang.

Verdict: Oklah ... boleh makan hehehe ... sedap juga (sendiri puji)

Rendang ini dimasak cara - raja berangkat.
  • ayam 1/2 ekor dipotong 8 -10 bahagian

  • bawang merah 12-15 biji
  • bawang besar 1 labu
  • bawang putih 1 ulas
  • lengkuas 5 hiris
  • halia 1.5 inci

KISAR SEMUA BAHAN2 DIATAS & PERAP DENGAN AYAM UNTUK 10 MINIT

  • santan pekat dari sebiji kelapa
  • serai sebatang, diketuk
  • asam keping 1-2
  • gula secubit
  • garam
  • daun kunyit
  • daun limau purut 1-2 helai

Campurkan semua bahan2 diatas pd ayam yang diperap tadi. Masak diatas api yang sederhana besar. Jaga masakan diatas api, jangan ditinggal tanpa mengacaunya untuk masa yang lama. Pastikan semuanya secukup rasa, keluarkan asam keping untuk elak menjadi terlalu masam.


Kuah akan semakin pekat, ayam semakin empuk. Setelah puashati, rendang sudah siap :o)

Mee Goreng Seindah Cinta (3 orang makan)


Mee goreng untuk berbuka puasa hari ini.

Bahan2:

  • mee kuning 1 paket, dibasuh & disejat
  • bawang merah (2 genggam sebelah tangan @ 1/2 mangkuk sup correle), dikisar halus
  • bawang putih 4 ulas dicincang
  • 2 sudu besar ciliboh
  • daging dihiris
  • udang dibuang kulit
  • tauhu, digoreng dulu & dipotong ikut saize citarasa
  • fishcake, digoreng dulu & dipotong ikut size citarasa
  • 1 biji telur
  • daun kucai dipotong pendek2
  • tauge dibersihkan
  • kicap manis
  • garam

Cara2:

  1. panaskan minyak & goreng bawang putih
  2. masukkan kisaran bawang merah & cili. goreng hingga garing.
  3. masukkan daging & goreng hingga daging masak & sambal pecah minyak
  4. masukkan udang & goreng hingga masak
  5. masukkan tauhu & fishcake, kacau sebati
  6. masukkan garam sedikit & kicap untuk rasa
  7. masukkan mee & 1 biji telur, gaul rata & pastikan telur hancur & masak
  8. masukkan kucai & tauge, gaul rata hingga sayur layu
  9. pastikan secukup rasa
  10. angkat & hidang panas2

Thursday, September 11, 2008

Black Pepper Beef Roll







What you need :o)

1. Tortilla breads (capatis or pita breads are good substition too)
2. Black pepper beef
3. Salad leaves (I love Butterhead salad) or any of your choice


Black Pepper Beef
1. cut beef into strips

2. marinade beef with pounded ginger & garlic, black pepper, cornflour, salt and abit of light soy sauce for at least an hour

3. heat up some oil (enough to sautee) and fry the beef till cooked

4. add strips or cuts of coloured capsicums, celery and big onions

5. as you mix everything well, add light soy sauce and black pepper to taste and some water to keep everything moist

6. do not fry too long if you want the crunch of the veges. black pepper beef's done :o)


Start rolling your roll!


*Additonal: if the recipe is served with rice or noodles, add roasted cashew nuts for texture

** My diet: mine will be black pepper chicken with capati

Ayam Percik Kelantan (putih)


There are many kinds of ayam percik. Our family's favourite recipe is with the white gravy :o)

Here's a recipe for 1 whole chicken.

The gravy/Kuah
Ingredients/Bahan-bahan
- Thick coconut milk from 1 shaved coconut / santan pekat dari sebiji kelapa
- 25 shallots / 25 biji bawang merah
- a slice of ginger (1/4 inch) / sehiris halia (1/4 inci)
- 3 to 4 slices of lemongrass / 3-4 hirisan serai
- salt / garam
- sugar / gula
- tamarind sauce / air asam jawa


1. Blend together shallots, ginger and lemongrass / kisarkan bawang merah, halia dan serai

2. In a pot, mix together the coconut milk and the blended items / masukkan ke dalam periuk, satukan santan dan bahan kisaran

3. Cook on medium flames and stir slowly continuosly to avoid lumps / masak atas api sederhana dan sentiasa kacau, jangan ditinggalkan lama untuk elak kisaran berketul

4. Add salt, sugar and tamarind taste bit by bit to balance it / masukkan garam, gula & air asam jawa sehingga secukup rasa

5. Stir until it thickens and cooked well / Kacau hingga kuah menjadi pekat & masak

6. Set aside and let it cool / Angkat dari dapur dan sejukkan kuah


The Chicken / Ayam
1. 1 whole chicken cut into 4 parts, washed thoroughly / Seekor ayam dikerat 4 bahagian dan dicuci bersih

2. make some slits on the chicken pieces / kelar sedikit isi ayam

3. pound 5-6 pips of garlic with 1.5inch ginger, add salt to taste / tumbuk lumat 5-6 biji bawang putih, 1.5 ini halia & garam secukupnya

4. prepare some light coconut milk (from the previous coconut shaves) / sediakan sedikit santan cair

5. marinade chicken pieces with the pounded garlic & ginger for an hour / perap ayam dengan bawang putih dan halia untuk sejam

6. after marinating for an hour, add the light coconut milk just semi-submerge all the pieces and bring it to a boil until the chicken's cooked / selepas perap untuk 1 jam, masukkan santan cair tapi jangan tenggelamkan ayam dan rebus hingga masak

7. once cooked, drained the chicken / setelah ayam masak, tos kering


Now the fun part!



Grilling / Bakar Ayam

1. get your griller hot / panaskan tempat pembakar

2. baste chicken pieces into the gravy and start grilling. repeat 2-3 times and grill to perfection / salut ayam dengan kuah dan bakar. ulang beberapa kali sehingga ayam & kuah sebati






Once done, sprinkle some left over gravy on top and serve / sebelum hidang, senduk kuah ke atas ayam



bon apetit!

Thursday, September 4, 2008

Nasi Kerabu Mama

nasi putih, telur masin, sambal kelapa, kerabu (kacang panjang, mentimun, daun pegaga, daun kesum, kacang botor, daun salad, daun kobis), kuah tumis, budu



Nasi Kerabu (10 orang makan)
Hidangan utama
- nasi putih
- sambal kelapa
- kerabu
- kuah tumis
- budu



Lauk pauk (pick & choose)
. keropok
. daging bakar @ daging goreng garam kunyit
. ikan goreng tepung (selar kuning, kembung atau tenggiri)
. bawang putih jeruk
. ayam percik @ ayam goreng biasa @ ayam goreng perap kicap
. solok lada
. telur asin


Resipi2

Sambal Kelapa
- kelapa diparut putih @ biasa - digoreng garing, kemudian ditumbuk @ dikisar halus sedikit
- ikan kembung - dibakar, kemudian dibuang tulang & kulit, isi ditumbuk sedikit agar berderai
- 1 bawang besar (belah 2 @ 4) dimayam halus
- sedikit garam
- gaul semua sekali - kelapa goreng, isi ikan bakar, bawang besar & garam.
*lagi banyak isi ikan lagi sedap


Kuah Tumis
Bahan2:
- bawang merah 1/2 kilo + 3 biji bawang besar kuning + 1 ulas bawang putih. dikupas kulit, dibasuh & dikisar
- cili boh - 1.5 sudu besar atau lebih ikut citarasa
- santan dari 3-4 biji kelapa. perah santan pekat dulu, kemudian masukkan 2 cawan air & perah santan cair
- minyak untuk menumis
- serai 3 batang diketuk
- 2-3 asam keping
- gula, garam

Cara2:
1. panaskan minyak & tumis kisaran bawang & lada tadi hingga garing (api sederhana), masukkan gula skit je 'to caramalise', tumisan nampak merah skit.
2. masukkan santan pekat & tumis hingga pecah minyak
3. masukkan santan cair (setakat yang mahu) & tumis hingga pecah minyak
4. masukkan serai, garam & asam keping
5. setelah cukup rasa, keluarkan asam keping


Kerabu (tak perlu ada semua)
- salad pokok
- kobis sedikit
- kacang panjang
- bungan kantan (sikit)
- mentimun
- tauge (buang ekor/akar)
- daun kesum (sikit je, kalau banyak - pahit)
- pucuk daun kari
- daum pegaga
= semua dihiris ikut citarasa - halus @ kasar


Daging bakar
- ketulan daging diperap dengan kunyit hidup & garam utk beberapa jam. kemudian dibakar & dihiris untuk hidangan
ATAU
- hirisan daging diperap garam kunyit & dogoreng
** lauk asli ialah daging bakar


Ikan goreng tepung
- tepung beras
- air
- bawang putih 1-2, ketumbar & jintan ditumbuk halus
- garam
- gaul rata & celupkan ikan sebelum digoreng



Selamat Mencuba :o)