Tuesday, May 6, 2008

Sambal Sotong Kering

















ini lah sotong kering ... memang ia dikeringkan dulu, kemudian direndam hingga kembang. setengah org panggil sotong kembang.

Ini resipi kegemaran: sambal sotong kembang


Bahan2:

**Sukatan: ikut citaras sendiri. Ibu Syana ajar sukatan melaui mengguna mangkuk corelle atau gengaman tangan.

1. 1/2 mangkuk bawang merah + 3-4 hiris halia (dikisar) - perlu skit aje
2. 6 ulas bawang putih (dicincang)
3. 2/3 mangkuk cili boh (dikisar) - perlu banyak sebab ini resipi sambal
4. 3 sotong sederhana besar - dipotong sederhana besar (setelah masak, ia akan kecut) @ ikut citarasa
5. air asam jawa - sebesar ibu jari
6. garam untuk rasa
7. gula untuk rasa & kemerahan sambal
8. minyak



Cara2:
1. panaskan minyak & tumis bawang putih hingga garing
2.kemudian masukkan cili boh & tumis sampai garing
3. setelah cili boh garing, masukkan kisaran bawang merah & tumis hingga garing
4. masukkan sotong and goreng hingga airnya kering & sambal jadi garing
5. masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa
6. siap & hidang

tambahan: bawang besar dimayam @ dijurai dimasukkan sebagai pemanis sambal


Sambal ini boleh dihidang dengan nasi putih @ nasi lemak.

2 comments:

theconfused said...

wahhhhhhhhhh... cam sedap jaaaa.. tetiba menjadik sangat lapar... lupa lak..
salam..
my mom always said, kalau letak kacang sikit, lagik sedap.. ;)

sYaNa said...

Hi :o)

ha'a kalau letak kacang sedap.