Tuesday, July 23, 2013

daging gulai kicap


rempah kasar: kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih
- bahan kisaran: 1 mangkuk correlle bwg merah, 1/2 in halia & 2 ulas bwg putih 
- 2 sudu makan ciliboh
- 1 tspn jintan manis & putih each
- daging dihiris 400gm (anggaran)
- kicap
- tomato sos
- 1 labu bwg besar  - cut into wedges
- kentang - direbus dulu
- garam
- minyak

cara masak:
1.panaskan minyak, gorengkan rempah kasar hingga harum & masukkan bahan kisaran. kemudian masukkan jintan manis & jintan putih.


2. tumis sampai masak/garing & minyak mula naik/separate dari bwg. masukkan daging & gaul rata. 'goreng' daging dlm tumisan hingga air daging kering - daging berubah warna, tiada air dlm tumisan & minyak naik semula. 

3. masukkan air secukupnya & rebus hingga daging empuk. 

4. apabila daging dah empuk/lembut, masukkan garam, kicap manis & tomato sos secukupnya ikut citarasa, nak manis @ masam lebih. kemudian masukkan kentang yg dah direbus & wedges of big onions.

5. kuah secukup rasa, bwg besar dah layu, daging empuk - siap! yummmm :)

Friday, July 19, 2013

LAUK BOMBAY/SINDHI BERYANI


1 ekor ayam potong 14

2 paket rempah sindhi/bombay shaan

3 bj bwg besar kuning hiris/mayam halus lagi cantik & senang hancur

1 labu bwg putih kisar/chop/tumbuk halus

1/2 inci halia tumbuk halus

1 cwn bwg goring

5 perdu/pokok daun ketumbar, dua tangkai daun pudina & 2-3 btg daun sup (semua hiris)

4 biji tomato besar (palang bawah tomato, rendam dlm air panas sekejap, angkat - kupas kulit, buang biji & cincang isi tomato)

kentang - potong ikut citarasa. nak guna mentah @ rebus dulu pun boleh

2 atau 3 paket susu cair low fat (bergantung nak kuah cair/pekat)


* info penting #1
resipi ini tak perlu garam, asam, gula or apa2 perisa. 
rempah Shan dah sempurna semuanya. 
 
** info #2
ini lauk je ... boleh makan dgn nasi beryani, pilaf, pulao, nasi minyak, butter rice & pelbagai roti 

***info #3
rempah Shan boleh didapati di Cold Storage, Jaya supermarket & Giant

CARA:
Panaskan minyak, grg bwg bsr sampai hampir kuning.
Masukkan rempah & gaul sebati. 
Tak perlu tumis lama, sekejap je. Terus masukkan ayam & kacau sampai air ayam jd hampir kering - isi ayam berubah warna. 
Masukkan tomato cincang, daun2, bwg putih, halia - sebatikan & kemudian masuk susu . 
Apabila kuah mendidih masukkan bwg goreng. 
Apabila ayam hampir empuk masukkan ubi kentang. 
Masaklah sampai ayam empuk & kentang lembut. 
Kalau suka banyak kuah tambahkan susu. 
Selamat mecuba!




Thursday, July 18, 2013

sayur lemak

our fav sayur lemak:


sayuran (any combination):
kcg panjang
petola
jagung muda
carrot
sawi putih

bahan2:
ikan kembung bakar/rebus - isi sahaja & tumbuk skit  (tenggiri, mabong pun boleh)
santan biasa 
bwg merah (4-6 ulas) & lada hitam skit ditumbuk 
lada hijau (solok lada) @ cili merah biasa
garam
gula (optional)


- bahan lesung - ikan, bwg merah & lada hitam di campur dgn sedikit santan - gaul rata  & dimasukkan dlm santan
- masukkan semua sayur



- gaul rata & masak atas api sederhana - masukkan garam & gula (op)
- jgn api besar, santan akan pecah minyak. jaga kuah dgn sekali sekala dikacau rata semuanya.
- sayur layu masak & secukup rasa - dihidang panas2. 


*variation:
utk sayur air pun boleh. isi ikan + lada hitam + bwg merah.



3 Aug 2013
my version for today's iftar:



bubur lambuk


Bubur lambuk ayam:
1 kpg isi dada ayam - cincang halus
1 labu bwg pth cincang
2 bj bwg besar dadu halus
2 pot beras
1/2 in halia cincang 
air byk
Coarse black pepper
8 tangkai pucuk paku hijau & merah
sedikit daun pucuk manis
5 helai daun kaduk yg muda
1 bj kelapa ambil santan sederhana pekat
CARA:
Panaskan minyak tumis bwg putih cincang, masukkan bwg bsr, gring sampai layu masukkan halia, grg sampai garing sikit. Masuk ayam, kering air masukkan air secukup tuk masak nasi lembek. Bila air mendidih masukkan beras, tanak sampai masak. Kemudian tambah air panas masukkan daun2 sayur td masuk garam pepper dn sedikit gula masak sampai jd bubur. Bila dah hancur beras, dah cukup rasa, masukkan santan. Masak sampai santan masak. Jd la bubur lambuuuk, bila cuba kena hantar pd guru semangkuk ;-)

Wednesday, July 17, 2013

solok lada

mama made this today - solok lada.
i've never made it myself before but like always ... get the resipi first! hehehe

as always ... most of mama's recipes are measured by equivalent quantity & desired taste. so, takde la sukatan yg jitu.

bahan2:

*lada hijau - make a long slit on one side & deseed them. rendam dlm air kapur @ basuh dgn air sabun & then cuci bersih2 utk kurangkan pedas & pejalkan lada.

*ikan kembong & tggri - rebus, deboned & tumbuk halus

*lada hitam - tumbuk halus

*bwg merah - tumbuk or kisar (jgn kasar or halus sgt)

*kelapa parut putih 

*kelapa goreng ditumbuk halus tapi jgn sampai berminyak

*santan pekat

*gula & garam

sediakan semuanya & campurkan semua secukup rasa (lada hitam jgn byk sgt) kecuali santan. adjust ikut citarasa sendiri. once sebati & cukup rasa, ditumbuk skit utk haluskan inti. last sekali masukkan santan & gaul rata. 

cara mama buat, line up all the ingredients. in an empty big bowl, mix:
2tbspn ikan & kelapa parut
1 tbspn kelapa grg & bwg merah
garam, gula & lada hitam skit

- gaul sebati/rata
- tumbuk skit dlm lesung
- pindahkan ke dlm another bowl
- mama buat skit2 sampai habis semuanya ikan & finally add santan. gaul rata & check rasa secukupnya.
- masukkan inti ke dlm lada.

dulu2 mama rebus solok lada dlm santan tapi end product jadi sememek. 

so since santan dah dimasukkan, mama kukus je 10-15mins sampai lada masak. 

solok lada dimakan dgn nasi or nasi kerabu :)


ni rupa asal ladanya

ni lah end productnya ... yuummm!