Monday, August 23, 2010

Resipi Karipap Kari Daging dari 1001Resipi

Resepi doh karipap saya ialah:



1 kg tepung

3/4 cawan marjerin yang telah dicairkan

1 cawan air suam/biasa/sejuk....air mungkin perlu ditambah sedikit lagi...

1 sdt garam campurkan dalam air

(texture kulit karipap akan berbeza jika menggunakan suhu air yang berbeza)



panaskan marjerin hingga cair dan tuang dalam cawan pengukur sebanyak 3/4 cawan. letak tepung dalam talam/dulang besar dan tuangkan marjerin panas keatas tepung. perlahan-lahan gaul tepung dengan marjerin hingga menjadi seperti tepung roti. tuang air sedikit demi sedikit keatas tepung dan uli doh sehingga lembut (tambah air jika perlu). tutup doh dah ketepikan setengah jam.

bahagi doh kepada empat bahagian dan canai sehingga leper. gulung seperti menggulung tikar sehingga kemas dan potong doh setebal 1/2 ke 1 inci. canai potongan doh menjadi bulat bujur dan isikan inti. lipat dan kelim hujungnya kemas dan ketepikan.

untuk inti karipap saya menggunakan mince beef dan ubi kentang (potong cube). tumis seperti menumis kari daging (tanpa santan). masak sehingga ubi empuk dan kering. biarkan inti sejuk sebelum diisi dalam kulit karipap. Goreng karipap dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
 
http://1001resepi.blogspot.com/2010/08/karipap-daging.html

No comments: