Sunday, March 12, 2023

Kerabu Lemak & Pedas dan Nasi Ulam Kelantan

#1 Kerabu Lemak

Bahan2:
  • pilihan sayuran: mentimun, pucuk paku*, jantung pisang* @ kcg panjang*   (* semua dicelur dulu)
  • ikan bakar - kembung @ tenggiri, diperisikan & isi ditumbuk
  • 1/4-1/2 kelapa parut digoreng & ditumbuk sederhana halus
  • 5-6 biji bwg merah + 3-5 biji lada hitam ditumbuk lumat; jgn byk ladahitam, tak sedap
  • garam
  • gula
  • limau nipis
  • santan pekat dari 1/2 kelapa
Bancuhan:
  • gaul rata santan, isi ikan, bwg+lada hitam (sikit2), garam, gula & air limau
  • setelah secukup rasa, masukkan sayur & kelapa goreng (setakat yg dikehendaki. byk sgt pun tak sedap)
  • gaul rata & pastikan secukup rasa, hidang :)
  • jika tidak dihidang terus, masukkan ke dalam peti ais dulu.


#2 Kerabu Pedas
Bahan2:


  • pilihan sayuran: kcg botor, pucuk paku* @ kcg panjang* (* semua dicelur dulu)
  • 1/4-1/2 kelapa parut digoreng & ditumbuk sederhana halus
  • sambal belacan
  • bwg merah dimayam/dihiris
  • bwg putih dimayam/dihiris
  • garam
  • gula
  • limau nipis

  • Bancuhan:
    • gaul rata semuanya & adjust rasa (garam, gula, limau nipis & sambal belacan)
    • akhir sekali, masukkan kelapa goreng (setakat yg dikehendaki. byk sgt pun tak sedap)
    • terus hidang


    #3 Nasi Ulam Kelantan
    mama sya cerita, kerabu ini arwah nenek sya selalu buat. dulu2, mama kena cari 40 jenis daun2 & ulam utk dimasukkan dlm resipi kerabu ini. skrg ni mana nak cari ... setakat daun2 ulam yg senang dicari.

    Bahan2:
    • ikan bakar, diisikan & ditumbuk halus
    • bwg merah dimayam
    • bwg putih dimayam
    • kelapa goreng
    • garam
    • gula
    • limau nipis
    • budu
    Bancuhan:
    • ulam2 dihiris halus or sederhana halus: pegaga, tenggek brung, pucuk gajus, ulam raja, daun selom, kcg panjang, kcg botor etc
    • gaul rata semuanya & adjust rasa (garam, gula, limau nipis, isi ikan & budu)
    • akhir sekali, masukkan kelapa goreng (setakat yg dikehendaki. byk sgt pun tak sedap)
    • dihidang dengan nasi putih & lauk pauk