Wednesday, December 21, 2011

heard on tv ...

to make half-cook rice b4 steaming it, boil rice for 6mins.




insyaAllah will try it.

kari daging

2kg daging rump & 1kg daging keting @ 3kg daging; dipotong ikut citarasa

rempah:
1btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2-3 biji pelaga
6-7 cengkih

kisaran:
3/4kg mangkuk bwg merah
2-3 ulas bwg putih
1/2" halia

2-3 sudu besar ciliboh (lebih kalau nak pedas)

11 sudu besar rempah kari adabi utk daging  (petua: setiap kilo daging/ayam, 3.5 sudu besar rempah kari) (sekilo ayam/daging, guna 2 paket kecik rempah)
4biji kelapa: perah sekali dgn 2 cwn air utk santan pekat, 2 cwn air utk santan cair x2

sediakan:
garam
gula
air asam jawa
kentang (dipotong & direbus dulu)


cara2:
  1. panaskan minyak & gorengkan rempah kasar
  2. masukkan bahan kisaran & ciliboh. tumis hingga garing & pecah minyak (api sederhana)
  3. masukkan rempah & air skit. tumis hingga pecah minyak (api sederhana)
  4. masukkan daging, masak hingga kering air daging & pecah minyak sekali lagi. (api sederhana - sederhana besar)
  5. masukkan santan, kacau2 dulu, jgn tinggalkan takut santan berpecah. api sedehana. masukkan santan pekat dulu, then santan cair yg pertama. jika perlu, baru santan cair yg ke 2 (half or all depending byk mana u nak kuah)
  6. atas api sederhana hingga daging empuk. sekali sekala kacau gulai.
  7. setelah empuk, masukkan air asam jawa, garam & gula skit je (jgn manis) - secukup rasa.
  8. masukkan kentang yg dah direbus.
bila tutup api, minyak sepatutnya timbul ke atas. (u can ladle some out if u want to)


PETUA:
kalau gulai daging, (asam jawa, garam & gula) masuk last utk elak daging jadi keras.
kalau gulai ayam, semuanya masuk masa menumis selepas rempah & kisaran dah garing.


selamt mencuba cara saya masak kari hehehe

kerutub



sebelum semuanya, siapkan kerisik dari 1/2 biji kelapa

1kg daging dipotong tebal & besar skit. (kalau zaman nenek sya, dipotong sebesar tapak tgn & setebal seinci setengah)

bahan2 kisaran:
1 mangkuk corelle bwg merah
2 ulas bwg putih
6-7 hiris lengkuas
3 hiris halia
1 btg serai
~ semua dikisar bersama hingga halus

panaskan minyak & tumiskan kisaran bersama 2 sudu besar ciliboh (kalau nak pedas skit, tambahkan ciliboh)

setelah pecah minyak, masukkan 3 1/2 - 4 sudu rempah kerutub daging & tumis hingga garing/pecah minyak
- itu Rempah loose. Kak sya guna Sepeket Rempah kerutub adabi + 1tbsp serbuk kari daging. 

masukkan santan dari 2 biji kelapa yg diperah 2-3x dgn 2 cwn air aje (santan pekat)
- kak sya guna Sepeket Santan ori dari Pasar yg frozen. That's about 1.5biji Santan pekat, no air. 

kecilkan api & jaga semuanya hingga daging empuk. Tambah air hampir secawan kalau kurang empuk. 

setelah empuk, masukkan kerisik, air asam jawa (optional) garam & nisae secukup rasa.

atas api kecil/sederhana, semuanya secukup rasa & pecah minyak ... siap!

makan dgn nasi panas @ roti @ pulut kuning :) yummmmmm