Monday, July 23, 2012

Beryani Pakistan (earliest attempt)

Beryani Pakistan


Bahan2:

1 ekor ayam dipotong 14-16 (dipasar boleh buat)

1.5 paket rempah beryani sindhi @ bombay

1 mangkuk corelle bwg goreng merah

2-3 biji bwg besar kuning dicincang

halia 1/2" dimayam halus

5 biji bwg putih di cincang

1-2 kotak susu low-fat @ full-cream, nak kuah pekat @ cair

2 biji tomato besar - blanched, skin off, deseeded & chopped

½ cekak daun ketumbar dibasuh & dihiris halus

sedikit daun sup & mint – dihiris halus

minyak untuk menumis

air (* kuah adalah combnation air & susu - taknak byk sgt air, nanti kuah cair & tawar)

(garam & gula tak perlu sebab rempah dah cukup perisa)



persediaan:

1. ayam dipotong & dibersihkan

2. siapkan semua bahan2 yg perlu dihiris, dicincang



cara2 memasak:

1. panaskan minyak & masukkan bwg besar - tumis hingga garing - slightly browned/caramelised

2. masukkan bwg putih & halia - tumis hingga naik bau

3. masukkan rempah beryani & sedikit air (suku cawan utk mudah menumis). Takyah tumis sampai garing mcm kari

4. masukkan ayam, gaul rata dlm tumisan. gaul2 sekali sekala hingga air ayam kering & tumisan pecah minyak sekali lagi

5. masukkan hirisan daun2, daun ketumbar, tomato dicincang & bwg goreng - gaul rata

6. masukkan susu - kacau semua bahan sebati, jgn tinggalkan susu sendiri diawal2 ini supaya susu & semuanya sebati

7. kalau ingin kuah byk, tambahkan air @ susu

8. jaga sambil sekali sekala kacau sehingga pecah minyak (sorry, bahasa biasa sikit, tak tahu nak explain mcmana hehehe)

9. bila dah pecah minyak, cukup rasa, ayam dah masak - siap!



optional: masukkan ubi kentang

No comments: