Friday, July 19, 2013

LAUK BOMBAY/SINDHI BERYANI


1 ekor ayam potong 14

2 paket rempah sindhi/bombay shaan

3 bj bwg besar kuning hiris/mayam halus lagi cantik & senang hancur

1 labu bwg putih kisar/chop/tumbuk halus

1/2 inci halia tumbuk halus

1 cwn bwg goring

5 perdu/pokok daun ketumbar, dua tangkai daun pudina & 2-3 btg daun sup (semua hiris)

4 biji tomato besar (palang bawah tomato, rendam dlm air panas sekejap, angkat - kupas kulit, buang biji & cincang isi tomato)

kentang - potong ikut citarasa. nak guna mentah @ rebus dulu pun boleh

2 atau 3 paket susu cair low fat (bergantung nak kuah cair/pekat)


* info penting #1
resipi ini tak perlu garam, asam, gula or apa2 perisa. 
rempah Shan dah sempurna semuanya. 
 
** info #2
ini lauk je ... boleh makan dgn nasi beryani, pilaf, pulao, nasi minyak, butter rice & pelbagai roti 

***info #3
rempah Shan boleh didapati di Cold Storage, Jaya supermarket & Giant

CARA:
Panaskan minyak, grg bwg bsr sampai hampir kuning.
Masukkan rempah & gaul sebati. 
Tak perlu tumis lama, sekejap je. Terus masukkan ayam & kacau sampai air ayam jd hampir kering - isi ayam berubah warna. 
Masukkan tomato cincang, daun2, bwg putih, halia - sebatikan & kemudian masuk susu . 
Apabila kuah mendidih masukkan bwg goreng. 
Apabila ayam hampir empuk masukkan ubi kentang. 
Masaklah sampai ayam empuk & kentang lembut. 
Kalau suka banyak kuah tambahkan susu. 
Selamat mecuba!




No comments: